Monday 11 June 2012

Pendekatan model montessori


      Model Montessori

Latar Belakang Model Pendidikan Montessori

Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal.  Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan itard untuk penilaian.  Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak.

Kaedah Mengajar

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Ciri-ciri berikut adalah :
·      Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”.
·      Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.
·      Semua kanak-kanak ingin belajar.
·      Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.
·      Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.
·      Semua kanak-kanak ingin berdikari.

Montessori menekankan kepada :
·      Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
·      Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
·      Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.


Matlamat Pendidikan Montessori

Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek.  Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) :
·      Penumpuan
·      Kemahiran membuat pemerhatian
·      Kesedaran dan segi susunan dan urutan
·      Koordinasi
·      Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
·      Konsep matematik
·      Kemahiran bahasa
·      Kemahiran menulis dan membaca
·      Kebiasaan dari segi seni kreatif
·      Kefahaman tentang alam semulajadi
·      Pengalaman dalam memahami sains sosial
·      Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah


Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu :

·     Persekitaran Pusat Prasekolah.
Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


·     Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

·     Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

·      Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

·      Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah :
§  Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian.
§  Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria.
§  Aktiviti yang bercorak akademik.

·      Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
§  Mengenakan butang baju
§  Memasang tali kasut
§  Menggilap kasut
§  Menyikat rambut
§  Menyiram pokok
§  Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.

·      Bahan Deria (Sensorial Material)
Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :
§  Pink Tower
§  Brown Stairs
§  Red Rods
§  Cylinder Block
§  Smelling Jar
§  Baric Tablets
§  Latihan Mengecam Warna
§  Sound Boxes
§  Temperature Jugs
§  Pelbagai Jenis Kain



Thursday 7 June 2012

Pengertian micro teaching


Guru (tenaga pendidik) yang efektif adalah mereka yang berhasil membawa peserta didik mencapai tujuan pembelajaran sesuai dengan kaedah yang berlaku dalam pendidikan. Keberhasilan pembelajaran yang efektif memuat dua tolak ukur untuk mencapainya tujuan dan hasil pembelajaran. Untuk mencapai efektif pembelajaran yang meliputi keterampilan membuka dan menutup proses pembelajaran, keterampilan menjelaskan, keterampilan bertanya, keterampilan menggunakan variasi, keterampilan memberi penguatan, dan sebagainya.

Untuk dapat menguasai berbagai keterampilan dasar pengajaran dan pembelajaran tersebut maka tenaga pendidik perlu berlatih satu demi satu keterampilan tersebut agar mendalami makna dan strategi penggunaannya pada proses pembelajaran. Keterampilan dasar mengajar dapat diperoleh melalui pengajaran mikro atau micro teaching. Oleh karena itu pengajaran mikro sangat dalam bentuk peer teaching diperlukan dengan harapan agar para tenaga pendidik dapat sekaligus menjadi observer temannya sesama tenaga pendidik, dengan harapan masing-masing tenaga pendidik dapat saling memberikan koreksi dan masukkan untuk memperbaiki kekurangan penguasaan keterampilan dasar dalam mengajar.

Pengajaran mikro telah dipraktikan secara meluas dalam latihan keguruan di seluruh dunia sejak diperkenalkan di Stanford University oleh Dwight W. Allen, Robert Bush dan Kim Romney pada tahun 1963, dalam rangka menemukan metode latihan bagi para calon guru yang lebih efektif, perbuatan mengajar yang kompleks itu kemudian dibagi-bagi menjadi sejumlah keterampilan agar mudah dipelajari. Disamping itu, diteliti pula cara-cara menggunakan metode secara fleksibel dan disertai pertanyaan-pertanyaan sebagai reinforcement.
Untuk dapat memahami micro teaching atau pengajaran mikro bagi calon tenaga pendidik, dikemukakan beberapa asumsi dasar, iaitu:

a. Pada umumnya guru tidak dilahirkan tetapi dibentuk terlebih dahulu.

b. Keberhasilan seseorang menguasai hal-hal yang lebih kompleks ditentukan oleh keberhasilannya menguasai hal-hal yang sifatnya lebih sederhana. Dengan terlebih dahulu menguasai berbagai keterampilan dasar mengajar, maka akan dapat dilaksanakan kegiatan mengajar secara keseluruhan yang bersifat kompleks.

c. Dengan menyederhanakan situasi latihan maka perhatian dapat dilakukan sepenuhnya kepada pembinaan keterampilan tertentu yang merupakan komponen kegiatan mengajar.

d. Dalam latihan-latihan yang sangat terbatas, calon guru lebih mudah mengontrol tingkah lakunya jika dibandingkan dengan mengajar secara global yang bersifat kompleks.

e. Dengan penyederhanaan situasi latihan, diharapkan akan memudahkan observasi yang lebih sistematis, obyektif serta pencatatan yang lebih teliti. Hasil dari observasi ini diharapkan dapat digunakan sebagai balikkan calon guru tentang kekurangan yang dilakukan dan segera diketahui yang selanjutnya akan diperbaiki pada kesempatan latihan berikutnya.
Inilah adalah contoh micro teaching:






Tuesday 5 June 2012

Malam aku berpuisi....

Berpuisi di majlis makan malam Kolej Aminuddin Baki (UPSI)

Permainan masa zaman kecil dulu......

Bermain ataupun permainan adalah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbualan, perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Ini adalah permainan pada zaman aku bergelar kanak-kanak dulu.



































Saturday 2 June 2012

Teknik Mendidik Anak Cemerlang


Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka dengan kaedah "sesuka hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.
Contohnya seperti.... 
"Diam sikit boleh tak? Bising lah!"... Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan "kenapa?" & "mengapa?", kerana pada peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara.
Contoh lain....
Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. "Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"... ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu "mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila makan, mesti kena habiskan!"
Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?

Bagaimana Karenah Anak Anda?

Melihat keletah anak-anak kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit hati dan naik geram.
Karenah anak-anak seperti :-
  • Tidak Mahu Mendengar Arahan..
  • Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..
  • Tidak Mahu Makan
  • Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..
  • Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
  • Suka Membuat Sepah
Sememangnya amat memeningkan kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap "kepanasan" anda sebagai ke"tension"an anda sebagai ibu & bapa..
Jadi... Apakah Yang Boleh Anda Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca dari Kesilapan Anda Mendidik Mereka?

Ianya Bukan Silap Anda!

Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?", kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang memelihara kita pada suatu ketika dahulu.
Sedangkan, zaman kita sewaktu kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza.
Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul?

Inilah Peluang Untuk Anda Belajar Mendidik Anak
Dengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!

Tahniah! Anda kini sudah menjumpai laman web ini. Jadi, ini bermakna, anda adalah seorang yang bertuah kerana, di dalam dalam web ini, anda boleh belajar dan sekaligus melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta teknik-teknik mendidik anak yang betul!.
Ini kerana, di dalam dalam web ini! Saya ada menyediakan sebuah ebook "Teknik Mendidik Anak Cemerlang!" , yang boleh anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda!

Friday 1 June 2012

Bahasa tubuh badan....


Bahasa tubuh (body language) merupakan alat komunikasi primitif yang sudah lama dipergunakan oleh manusia. Bahasa tubuh merupakan gerakan tubuh dan bagian-bagiannya yang terjadi secara spontan dan merupakan hasil olah alam bawah sadar dalam upayanya mengekspresikan perasaan dan keinginan tersembunyi di dalam hati. Sejak manusia masih berupa bayi, perubahan mimik (ekspresi) wajah dan gerak anggota tubuh merupakan alat komunikasi antara si bayi dengan orang di sekitarnya. Karena seorang anak bayi masih belum bisa berkata-kata, maka bahasa tubuh menjadi bahasa utama dan penting sebagai alat pengungkap perasaan dan keinginannya yang harus dimengerti oleh orang di sekitarnya agar dapat memahami keinginan si bayi dan memenuhi kebutuhannya.

 Beberapa contoh bahasa tubuh seorang anak bayi :

- Menggerak-gerakkan bibir dan mengecap-ngecapnya atau mengisap-isap jarinya : Salah satu tanda bahwa bayi sedang haus dan lapar.

- Memainkan lidah : Sedang senang, biasanya diikuti dengan menggerak-gerakkan tangan dan kaki.

- Telapak tangan menggenggam erat : Aku merasa udara dingin.

- Telapak Tangan membuka : Aku merasa udara hangat.

- Mengangkat kedua tangannya : Aku ingin digendong atau ingin bermain-main.

- Tersenyum : Aku sedang merasa senang dan bahagia karena terpuaskan keinginanku.

- Menangis : Aku sedang marah dan kesal karena tidak ada seorang pun yang memenuhi keinginanku.

- Menghentak-hentakkan kaki berarti perasaannya sedang meluap-luap. Apabila sambil tertawa berarti : Aku sedang merasa sangat senang dan bahagia yang luar biasa karena aku puas. Apabila sambil menangis berarti Aku merasa sangat marah dan kesal kerana tidak ada orang yang memenuhi keinginanku.

 Setelah manusia menjadi lebih dewasa dan mampu berkomunikasi dengan bahasa lisan secara fasih, bahasa tubuh masih merupakan alat komunikasi penting yang harus diperhatikan di dalam menjalin hubungan di antara sesama manusia. Ekspresi perasaaan dan keinginan yang muncul dari alam bawah sadar ini bisa menjadi tanda bagi kita dalam membaca isi hati lawan bicara kita. Bahkan seringkali ucapan kata-kata yang keluar dari mulut seseorang ternyata tidak bersesuaian dengan bahasa tubuh yang ditunjukkan oleh gerak tubuh dan mimik wajahnya, atau dengan kata lain ada upaya menutup-nutupi perasaan yang sesungguhnya.

 Hal-hal yang perlu diperhatikan dalam memahami bahasa tubuh :

1. Bagian-bagian tubuh yang harus diperhatikan seperti kepala dan wajah serta bagian-bagiannya, dan tubuh bagian bawah dan anggotanya seperti tangan dan kaki.

2. Perubahan mimik atau ekspresi wajah.

3. Gerakan tangan dan kaki.

4. Arah dan posisi tubuh.

5. Areal atau wilayah di dalam dan di luar tubuh.

Tuesday 29 May 2012

Masalah Anak Lewat Bercakap


Tiada kaitan jantina, mungkin petanda anak alami masalah pendengaran, autisme
SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat bercakap.

Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti “kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap’. Namun, adakah tanggapan ini benar?
Mengajukan persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Basyariatul (Basha) Fathi Othman, sebaliknya menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos.
“Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan.
“Budak perempuan dikaitkan dengan cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti ‘main masak-masak atau main pondok-pondok’ itu boleh menjadi satu proses pembinaan pertuturan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian. Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi semakin lancar.

“Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka bermain kereta mainan, atau ‘pencuri-polis’. Tidak banyak perkataan dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi ‘vroom’ enjin kereta atau perkataan ‘lari’ dan ‘tangkap’ daripada mulutnya. Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka bercakap.
“Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan menerusi perbuatan akan mempercepat mereka belajar perkataan baru, seterusnya membina ayat dengan baik,” katanya.
Namun, bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap dan perlu mendapatkan bantuan?

“Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.
“Masalah bercakap hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan Bahasa kerana dalam setiap kes dirujuk, kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu,” katanya.

Apakah bezanya antara masalah bercakap dengan pertuturan? Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk bercakap.
Bagi masalah pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang ‘pelat’ kerana ini adalah proses normal. Pelat atau ‘proses-proses fonologi’ ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi ‘pelat’ ini pada tahap umur berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis pertuturan bahasa.

Jelasnya seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata membebel atau ‘baby talk’ seperti 'aa', 'aa', 'ahggege', 'bababa', 'dededed', 'mamamam', 'nanana' dan seterusnya sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi.
Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr. Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila sampai masanya.
Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa.

Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap.
“Untuk mengelakkan berlakunya masalah bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.
“Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahaminya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.
“Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum,” katanya.
Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah pendengaran, atau autisme.

“Segeralah merujuk kepada pakar dapat membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan mengenai masalah berkaitan.

FAKTA: Klinik Audiologi & Sains Pertuturan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur
  • Ia adalah klinik pengajaran bagi mahasiswa UKM yang diselia oleh audiologis dan terapi patologis pertuturan-bahasa yang bertauliah.
  • Menyediakan kepakaran dalam menilai, mencegah serta mengendalikan masalah pendengaran dan komunikasi.
  • Menyediakan kelengkapan peralatan klinik yang canggih.
  • Antara klinik pendengaran dan pertuturan terawal ditubuhkan dan masih menjadi pusat rujukan utama dalam negara.
  • Tel : 03-92895040/92895041.