Monday 11 June 2012

Pendekatan model montessori


      Model Montessori

Latar Belakang Model Pendidikan Montessori

Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal.  Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan itard untuk penilaian.  Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak.

Kaedah Mengajar

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Ciri-ciri berikut adalah :
·      Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”.
·      Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.
·      Semua kanak-kanak ingin belajar.
·      Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.
·      Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.
·      Semua kanak-kanak ingin berdikari.

Montessori menekankan kepada :
·      Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
·      Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
·      Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.


Matlamat Pendidikan Montessori

Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek.  Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) :
·      Penumpuan
·      Kemahiran membuat pemerhatian
·      Kesedaran dan segi susunan dan urutan
·      Koordinasi
·      Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
·      Konsep matematik
·      Kemahiran bahasa
·      Kemahiran menulis dan membaca
·      Kebiasaan dari segi seni kreatif
·      Kefahaman tentang alam semulajadi
·      Pengalaman dalam memahami sains sosial
·      Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah


Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu :

·     Persekitaran Pusat Prasekolah.
Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


·     Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

·     Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

·      Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

·      Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah :
§  Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian.
§  Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria.
§  Aktiviti yang bercorak akademik.

·      Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
§  Mengenakan butang baju
§  Memasang tali kasut
§  Menggilap kasut
§  Menyikat rambut
§  Menyiram pokok
§  Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.

·      Bahan Deria (Sensorial Material)
Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :
§  Pink Tower
§  Brown Stairs
§  Red Rods
§  Cylinder Block
§  Smelling Jar
§  Baric Tablets
§  Latihan Mengecam Warna
§  Sound Boxes
§  Temperature Jugs
§  Pelbagai Jenis Kain



15 comments:

  1. salam...ketika sedang mencari bahan untuk aktiviti kanak2, saya terjumpa blog ni. Kebetulan sedang membuat satu research kaedah montessari. Saya bukan dalam bidang PAKK, jadi agak kurang tahu berkenaan ini. Boleh jelaskan apakah perbezaan antara kaedah montessari dgn kaedah2 mengajar yang sedia ada di tadika?

    ReplyDelete
    Replies
    1. montessori sebenarnya mengajar kanak-kanak yang cacat. kaedah pengajaran die lak lebih kepada pembelajaran kendiri dimana pelajar tersebut mengahadapi masalah tertentu dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan sendirinya seperti membina bangunan twin tower.montessori juga berpendapat kanak-kanak berhak menentukan pembekajaran apa yang hendak mereka pelajari hari ini, guru sekadar pemerhatiatau pembimbing bagi kanak-kanak tersebut.

      Delete
    2. Tak semestinya utk kanak2 yg cacat ja kan

      Delete
  2. salam.. tqvm info ni.. sangat berguna.. mohon share dalam blog saya buat rujukan saya ye .. tq

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera....boleh jelaskan carta jadual perbandingan tentang montessori dengan kspk di tadika,

    ReplyDelete
  4. Di mana boleh sy beli alat2 utk pembelajaran montesori

    ReplyDelete
  5. Boleh jelaskan apa persamaan kaedah montessori dengan kurikulum standard prasekolah kebangsaan

    ReplyDelete
  6. Salam boleh tak bagi contoh sumbangan maria montessori

    ReplyDelete
  7. menarik. boleh bg idea pendekatan montessori dgn islamic education. t.kasih

    ReplyDelete
  8. Hai... Boleh tak senaraikan persamaan teori pendekatan Montessori, waldorf dan Reggio Emilia ?

    ReplyDelete
  9. Boleh saya tahu nama buku Nor Nurulhayati yang awak buat rujukan diatas?

    ReplyDelete
  10. Amat menarik semua komem disini. Dengan rendah hati, bagi pihak Persatuan Montessori Malaysia, jemput sila rujukkan semua solan bagi mengenai Montessori ke malaysian.montessori@gmail.com ayau FB Montessori Association Malaysia

    ReplyDelete
  11. Hi..bolehkah saya tanya. Apakah kandungan bagi Montessori?

    ReplyDelete