Bagaimana Anda
Mendidik Anak Anda?
Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang
teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang
jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan
survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang
mendidik anak mereka dengan kaedah "sesuka hati" dan "sambil
lewa" sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan
sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa
yang panjang.
Contohnya seperti....
"Diam sikit boleh tak? Bising lah!"... Itulah perkataan
yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak
mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara ini sebenarnya, secara
tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu
perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah
peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan
"kenapa?" & "mengapa?", kerana pada peringkat ini,
fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang
sesuatu perkara.
Contoh lain....
Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. "Habiskan
nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"...
ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si
anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik,
kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari,
ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar
nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu "mindset" akan tertanam di
dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila makan, mesti kena
habiskan!"
Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan
perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?
Bagaimana Karenah
Anak Anda?
Melihat keletah anak-anak kadangkala memang menghiburkan hati. Namun
begitu, seringkali juga, ada beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang
membuatkan si ibu-bapa sakit hati dan naik geram.
Karenah anak-anak seperti :-
- Tidak Mahu Mendengar
Arahan..
- Asyik Bergaduh Dengan Si
Adik..
- Tidak Mahu Makan
- Terlalu Aktif dan Sering
Hilang Di Pasaraya..
- Mengeluarkan Kata-kata Yang
Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
- Suka Membuat Sepah
Sememangnya amat memeningkan kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si
ibu-bapa yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan
menaikkan lagi tahap "kepanasan" anda sebagai ke"tension"an
anda sebagai ibu & bapa..
Jadi... Apakah Yang Boleh Anda Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap
Demikian? Adakah Ianya Berpunca dari Kesilapan Anda Mendidik Mereka?
Ianya Bukan Silap
Anda!
Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah
diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?", kebanyakkan
dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak langsung, hasil daripada
pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang memelihara kita pada suatu ketika
dahulu.
Sedangkan, zaman kita sewaktu kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan
zaman anak-anak kita pada waktu ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga
adalah berbeza.
Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak
yang betul?
Inilah Peluang Untuk
Anda Belajar Mendidik Anak
Dengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!
Dengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!
Tahniah! Anda kini sudah menjumpai laman web ini. Jadi, ini bermakna,
anda adalah seorang yang bertuah kerana, di dalam dalam web ini, anda boleh
belajar dan sekaligus melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta
teknik-teknik mendidik anak yang betul!.
Ini kerana, di dalam dalam web ini! Saya ada menyediakan sebuah
ebook "Teknik Mendidik Anak Cemerlang!" , yang boleh
anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda!
No comments:
Post a Comment